BERITA UTAMA

Baja kompos tingkat hasil tani, bantu pulih tanah

6 Dis 2020, 10:05 AM
Baja kompos tingkat hasil tani, bantu pulih tanah

KUALA SELANGOR, 6 DIS: Kerajaan Selangor bakal meluaskan penggunaan baja kompos bagi meningkatkan hasil tanaman negeri.

EXCO pertanian berkata baja yang dihasil menggunakan tinja ayam memulihkan kualiti tanah serta menjadikan tanaman lebih subur.

Ir Izham Hashim menjelaskan ia terbukti melalui projek perintis tanaman padi seluas 60 hektar di Parit 10, Sungai Burong.

"Setiap kali musim menuai, kita dapati hasil meningkat lebih enam tan malah tanah kekal subur berbanding kawasan sekeliling," katanya selepas menyampaikan bantuan baja kompos kepada petani di sini.

Menurutnya, kempen penggunaan baja kompos akan dipergiat sebagai perancangan jangka panjang dan diharap mendapat sokongan petani.

"Penggunaan baja kimia secara berlebihan boleh merosakkan struktur tanah dan mencemarkan sungai," kata Ir Izham lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619