BERITA UTAMA

Penduduk Paya Jaras terkesan Covid-19 dapat keperluan asas

6 Dis 2020, 8:34 AM
Penduduk Paya Jaras terkesan Covid-19 dapat keperluan asas

SUNGAI BULOH, 6 DIS: Seramai 50 keluarga sekitar Paya Jaras yang terkesan susulan pandemik Covid-19 menerima bantuan barangan keperluan asas dan pelitup muka.

EXCO pembangunan modal insan berkata sumbangan melalui program Rakan Muda Prihatin "We Care" menumpukan individu hilang pekerjaan, orang kelainan upaya, ibu tunggal dan asnaf.

Mohd Khairuddin Othman menjelaskan program yang pertama kali diadakan mendapat kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Selangor sempena Hari Kesukarelawan Belia Malaysia 2020.

"Kita mengajak belia menyantuni keluarga memerlukan dan saya puji inisiatif ini serta berharap lebih banyak badan bukan kerajaan akan turut serta," katanya yang juga wakil rakyat kawasan itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Selangor Hasnata Hasan menghargai sokongan Kerajaan Negeri untuk melatih belia menanam sikap prihatin dan cinta terhadap kerja sukarelawan.

"Program ini juga sedikit sebanyak melahirkan generasi belia yang lebih cintakan negara, masyarakat dan diri sendiri," katanya.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619