AGENDA

Tunjuk rakaman video pujuk anak kembar buat saringan Covid-19

3 Dis 2020, 9:09 AM
Tunjuk rakaman video pujuk anak kembar buat saringan Covid-19
Tunjuk rakaman video pujuk anak kembar buat saringan Covid-19
Tunjuk rakaman video pujuk anak kembar buat saringan Covid-19

KLANG, 3 DIS: Seorang ibu terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk memujuk anak kembarnya menjalani Saringan Komuniti Covid-19 di Meru, semalam.

Siti Zuhanariah Mohd Haniff, 37, berkata antara kaedah digunakan ialah menujukkan rakaman video proses calitan yang mudah dan tidak menyakitkan.

Katanya, keputusan membawa Nur Auni Insyirah Mohd Nazri dan Nur Auni Irdinah Mohd Nazri, 8, menjalani ujian itu berikutan bimbang terhadap peningkatan kes Covid-19.

[caption id="attachment_452040" align="alignleft" width="366"] Siti Zuhanariah Mohd Haniff[/caption]

"Memang anak-anak tidak mahu buat saringan tetapi disebabkan rumah kami berhampiran kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), jadi saya terus pujuk mereka.

“Saya tunjuk video saringan yang dirakam jiran dan terangkan prosesnya. Mereka kemudian bertambah yakin dan terus dibawa ke sini," katanya ketika ditemui.

Siti Zuhanariah turut memuji usaha Kerajaan Negeri mengadakan Saringan Komuniti percuma demi keselamatan rakyat sekali gus membendung wabak berkenaan.

Seorang lagi penduduk Maryana Naharudin, 37, tidak berdepan masalah untuk membawa dua orang anaknya melakukan saringan yang mengambil masa kurang seminit.

[caption id="attachment_452041" align="alignright" width="371"] Maryana Naharudin[/caption]

"Walaupun mereka nampak takut tetapi semuanya berjalan lancar. Terima kasih Kerajaan Negeri kerana menyediakan inisiatif ini,” katanya.

Saringan Komuniti percuma dilaksana kepada penduduk Taman Meru 3, Taman Seri Meru, Taman Bayu dan Taman Desa Permai di sini susulan jumlah kes tinggi di kawasan berkenaan.

Taman perumahan ini berdekatan kawasan PKPD asrama pekerja syarikat pengeluar sarung tangan terkenal Top Glove yang mencatatkan ribuan kes sehingga Majlis Keselamatan Negara mengarahkan 28 kilangnya ditutup.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619