AGENDA

Saringan Komuniti Meru mungkin lanjut, sasar 1,000 individu

2 Dis 2020, 10:35 AM
Saringan Komuniti Meru mungkin lanjut, sasar 1,000 individu

KLANG, 2 DIS: Saringan Komuniti Covid-19 percuma terhadap penduduk Meru mungkin dilanjutkan dua hari lagi bagi mencapai sasaran 1,000 individu.

Pengarah Selcare Management Sdn Bhd berkata perkara itu akan diputuskan selepas laporan lengkap saringan diserahkan kepada Kerajaan Negeri petang ini.

Muhammad Azfizam Hamzah memaklumkan seramai 430 penduduk menjalani ujian pengesanan Covid-19 setakat ini menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag).

"Sasaran awal ditetapkan antara 600 hingga 1,000 individu (membuat saringan). Kita akan beri laporan kepada Dr Siti Mariah Mahmud (EXCO kesihatan awam) dan sedia untuk sambung jika diarah melengkapkan jumlah sasaran ditetapkan,” katanya.

Beliau ditemui Media Selangor selepas meninjau program saringan Covid-19 bersasar di perkarangan Dewan Masyarakat Taman Meru di sini hari ini.

Muhammad Azfizam berkata seramai 35 petugas Klinik Selcare dan Pejabat Kesihatan Daerah Klang bertugas membuat saringan di kawasan tersebut.

Saringan Komuniti bersasar memfokuskan penduduk Taman Meru 3, Taman Seri Meru, Taman Bayu dan Taman Desa Permai susulan kenaikan mendadak kes Covid-19 melalui Kluster Teratai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619