AGENDA

PKPD asrama pekerja Top Glove dilanjut 14 hari

30 Nov 2020, 9:27 AM
PKPD asrama pekerja Top Glove dilanjut 14 hari

SHAH ALAM, 30 NOV: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama pekerja Top Glove, Klang yang dijadual berakhir hari ini dilanjutkan 14 hari lagi, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata saringan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati masih terdapat peningkatan kes positif Covid-19 dalam kalangan pekerja melalui saringan kedua.

"Sebanyak 3,406 kes positif dikesan daripada 5,805 saringan dijalankan terhadap pekerja manakala kes negatif masih berisiko mendapat jangkitan.

"Atas nasihat dan penilaian risiko, sidang khas bersetuju melanjutkan PKPD di asrama kilang Top Glove selama 14 hari bermula 1 hingga 14 Disember," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata semua pekerja diwajibkan menjalani saringan di klinik swasta dan dipantau Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang.

Menurutnya, pekerja bukan warganegara yang negatif ditempatkan di stesen kuarantin manakala rakyat tempatan menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

Ismail Sabri menjelaskan pekerja warganegara dikesan positif ditempatkan di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 berisiko rendah (PKRC) di asrama lelaki serta perempuan manakala warga asing di fasiliti kesihatan KKM.

Tambahnya, pekerja yang menjalani kuarantin tidak dibenarkan bekerja sehingga keputusan saringan ulangan negatif dan pelepasan perintah pengawasan dan pemerhatian (PUS) diberikan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619