AGENDA

Saringan Covid-19 untuk pekerja asing mulai 1 Disember

27 Nov 2020, 10:27 AM
Saringan Covid-19 untuk pekerja asing mulai 1 Disember

SHAH ALAM, 27 NOV: Saringan Covid-19 menggunakan kit ujian pantas Antigen kepada semua pekerja warga asing akan dilaksanakan mulai 1 Disember, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata untuk peringkat awal program itu bermula di Selangor diikuti Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Labuan.

"Pelaksanaan ujian ini akan dijalankan secara berperingkat dan bersasar mulai 1 Disember berdasarkan beberapa mekanisme," katanya pada sidang media hari ini.

Ismail Sabri berkata temu janji dengan fasiliti kesihatan swasta termasuk kos tanggungan perkhidmatan klinik atau hospital perlu dibuat oleh majikan.

Manakala kos kit ujian RM60 pula ditanggung Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk ujian kali pertama sahaja, katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619