AGENDA

Roboh bengkel jentera berat di tebing sungai elak cemar air - EXCO

24 Nov 2020, 8:12 AM
Roboh bengkel jentera berat di tebing sungai elak cemar air - EXCO
Roboh bengkel jentera berat di tebing sungai elak cemar air - EXCO
Roboh bengkel jentera berat di tebing sungai elak cemar air - EXCO
Roboh bengkel jentera berat di tebing sungai elak cemar air - EXCO

GOMBAK, 24 NOV: Kerajaan Negeri menfokus operasi meroboh bengkel membaiki dan menyimpan jentera berat yang dibina tanpa kebenaran di tebing sungai.

EXCO alam sekitar berkata kebanyakan kes gangguan bekalan air di Selangor berpunca daripada sisa pelarut dan minyak hitam yang mengalir ke dalam sungai ketika menyelenggara jentera.

"Sebagai permulaan kita robohkan lapan premis di Rawang dan ada antara premis ini pernah dikenakan tindakan kerana melakukan pencemaran sungai.

"Hari ini dua bengkel jentera berat yang beroperasi sejak 15 tahun diroboh dan baki enam lagi memerlukan sedikit masa sebab melibatkan struktur binaan yang besar dan banyak," katanya.

Hee Loy Sian ditemui pemberita selepas meninjau operasi meroboh dua premis yang menduduki tanah kerajaan seluas 0.93 hektar di tebing Sungai Rawang berhampiran Kampung Dato Lee Kim Sai hari ini.

Ditanya berhubung kelewatan mengambil tindakan terhadap premis terlibat, beliau berkata Pejabat Tanah dan Daerah Gombak dan Majlis Perbandaran Selayang beberapa kali mengeluarkan surat peringatan kepada pemilik.

"Malah terbaru kita keluarkan notis pengosongan sejak September namun selepas dua bulan mereka masih beroperasi atas tanah kerajaan, jadi hari ini kita robohkan struktur," katanya.

[caption id="attachment_450862" align="aligncenter" width="692"] Bengkel membaiki jentera berat dirobohkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ketika Operasi Bersepadu Pembangunan Tanpa Kebenaran di Kampung Dato Lim Kim Sai, Rawang. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI.[/caption]

 

[caption id="attachment_450863" align="aligncenter" width="700"] Perobohan bengkel membaiki jentera berat dilaksanakan Majlis Perbandaran Selayang selepas  notis pengosongan diberikan kepada pemilik premis di Kampung Dato Lim Kim Sai, Rawang. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI.[/caption]

 

[caption id="attachment_450866" align="aligncenter" width="700"] EXCO Alam Sekitar, Hee Loy Sian meninjau bengkel simpanan jentera berat ketika Operasi Bersepadu Pembangunan Tanpa Kebenaran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Kampung Dato Lim Kim Sai, Rawang. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI.[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619