AGENDA

PKPD Hentian Kajang, Medan 88 tamat seperti dijadual - Ismail Sabri

23 Nov 2020, 8:52 AM
PKPD Hentian Kajang, Medan 88 tamat seperti dijadual - Ismail Sabri
PKPD Hentian Kajang, Medan 88 tamat seperti dijadual - Ismail Sabri

SHAH ALAM, 23 NOV: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Plaza Hentian Kajang dan Medan 88 Bandar Baru Baru Salak Tinggi, Sepang tamat seperti dijadualkan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD Plaza Hentian Kajang ditamatkan esok selepas mendapat nasihat sidang khas hari ini.

"Sidang khas hari ini juga setuju menamatkan PKPD Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang yang dijadualkan pada 25 November.

[caption id="attachment_447724" align="aligncenter" width="737"] Suasana di sekitar Plaza Hentian Kajang kelihatan lengang berikutan arahan PKPD berkuatkuasa semalam sehingga 10 November ketika tinjauan pada 28 Okt 2020. Foto BERNAMA[/caption]

"Bagaimanapun kedua-dua kawasan yang ditamatkan PKPD masih tertakluk kepada tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seluruh negeri Selangor," katanya dalam sidang media hari ini.

PKPD Hentian Kajang dikuatkuasakan pada 28 Oktober hingga 10 November dan dilanjutkan lagi sehingga esok (24 November) berikutan peningkatan kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

PKPD di Medan 88 berkuat kuasa 11 hingga 25 November melibatkan 88 unit rumah kedai, 284 premis dan 800 orang penduduk.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619