SELANGOR

PKPD Medan 88: 53 positif wabak, kontak rapat diminta buat saringan

23 Nov 2020, 6:24 AM
PKPD Medan 88: 53 positif wabak, kontak rapat diminta buat saringan

SHAH ALAM, 23 NOV: Seramai 53 individu di kawasan Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang disahkan positif Covid-19 setakat semalam.

Pengerusi jawatankuasa pengurusan bencana daerah Sepang berkata mereka adalah antara 526 penduduk yang disaring selepas dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"Sehingga kini kita dapati masih terdapat segelintir individu yang belum disaring. Kita minta juga mereka yang ada kontak rapat dengan penduduk di sini agar bagi kerjasama tampil buat saringan," kata Mohamad Zain A Hamid ketika dihubungi.

Bagaimanapun, menurutnya pihak polis akan mengesan individu tersebut menerusi MySejahtera atau rekod daftar di premis yang mereka kunjungi.

"Saringan ini juga bagi memudahkan pihak berkuasa mengetahui punca jangkitan selain mengelak penyakit itu dijangkiti daripada satu tempat ke satu tempat," katanya.

PKPD melibatkan 88 unit rumah kedai, 284 premis dan 800 orang penduduk berkenaan dikuatkuasakan pada 11 November dan dijadual berkahir Rabu ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619