EXCO

Elak banjir, penduduk dinasihat tidak ubah struktur longkang

22 Nov 2020, 4:13 AM
Elak banjir, penduduk dinasihat tidak ubah struktur longkang

SHAH ALAM, 22 NOV: Penduduk Seksyen 17 di sini dinasihatkan tidak menutup atau membuat struktur tambahan pada longkang yang boleh menyekat aliran air.

EXCO perumahan dan kesejahteraan bandar berkata pihaknya menerima aduan Jalan 17/17 kerap dilanda banjir kilat dan air bertakung berikutan longkang tersumbat.

"Kadangkala bukan pembersihan tidak dibuat tetapi sebenarnya ada halangan yang penduduk sendiri lakukan. Apapun, mari kita bersama mengambil tanggungjawab menjaga kawasan kita," tulis Rodziah Ismail di Facebook.

Beliau berkata isu tersebut dipanjangkan kepada ahli majlis yang kemudian turun padang meninjau lokasi dan memantau sendiri kerja pembersihan yang dijalankan.

"Terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama yang diberikan. Semoga penduduk Batu Tiga lebih prihatin dan menjaga kebersihan agar kesan atau pencemaran dapat dikurangkan," kata Rodziah lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619