BERITA UTAMA

Usahawan muda disaran manfaat dana Hijrah Selangor, kembang niaga

19 Nov 2020, 12:13 AM
Usahawan muda disaran manfaat dana Hijrah Selangor, kembang niaga

SHAH ALAM, 19 NOV: Golongan belia yang mahu mengembangkan perniagaan disaran memohon peruntukan di bawah Yayasan Hijrah (Hijrah) Selangor, kata EXCO pembangunan generasi muda.

Mohd Khairuddin Othman berkata Kerajaan Negeri komited melahirkan ramai usahawan baharu atau yang memerlukan modal tambahan untuk meningkatkan pendapatan sekali gus memacu ekonomi Selangor.

"Dunia hari ini memerlukan belia pantas merebut peluang ditawarkan sekiranya tidak mahu ketinggalan. Sekiranya ada skim atau peruntukan yang kerajaan berikan, terus ambil jangan lepaskan peluang.

"Kita mahu pastikan pembangunan belia di negeri ini terus diperkasa melalui pelbagai jenis bantuan, tajaan mahu pun pembiayaan," katanya pada program bual bicara anjuran Suara Merdeka semalam.

Melalui Belanjawan Selangor 2021, Hijrah Selangor menerima peruntukan RM15 juta bagi membantu usahawan membuat pinjaman.

Setakat ini Hijrah menyalur pinjaman RM517 juta bagi membantu 53,958 usahawan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619