BERITA UTAMA

MB: Tiada gangguan air, LRA Rantau Panjang beroperasi semula

18 Nov 2020, 3:25 PM
MB: Tiada gangguan air, LRA Rantau Panjang beroperasi semula

SHAH ALAM, 18 NOV: Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang yang dihenti tugas pada jam 7.10 malam tadi telah beroperasi semula, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata susulan itu tiada gangguan bekalan air kepada pengguna kerana loji dihenti tugas selama beberapa jam sahaja.

"LRA Rantau Panjang mula beroperasi semula jam 9.30 malam tadi setelah isu pencemaran yang dikesan berjaya diselesaikan dan mencapai tahap sifar TON (nombor bau nilai ambang)," katanya menerusi Facebook.

LRA berkenaan dihenti tugas selepas Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesan pencemaran bau pada jam 7 malam tadi.

Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dalam kenyataan berkata terdapat bau seakan bahan pelarut dengan bacaan satu TON di muka sauk loji.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619