PBT

MDKS tawar diskaun RM20 kompaun letak kereta berbayar

17 Nov 2020, 1:30 AM
MDKS tawar diskaun RM20 kompaun letak kereta berbayar
MDKS tawar diskaun RM20 kompaun letak kereta berbayar

SHAH ALAM, 17 NOV: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menawarkan pengurangan RM20 bagi setiap kompaun letak kereta berbayar kepada pemilik kenderaan yang mempunyai bayaran tertunggak.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan tawaran tersebut bermula 1 hingga 30 November ini.

"Langkah ini memberi ruang kepada orang ramai menjelaskan bayaran tertunggak sebelum tindakan pendakwaan di mahkamah," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

MDKS memaklumkan pihaknya dalam proses menjalankan tindakan tersebut bagi Orang Kena Kompaun (OKK) yang mempunyai kesalahan kompaun tegar dijangka dibuat selepas tamat tempoh kempen tawaran itu.

Orang ramai boleh menikmati kadar khas itu dengan membuat pembayaran atau semakan menerusi Kaunter Pandu Lalu Ibu Pejabat MDKS atau melalui aplikasi telefon pintar Smart Selangor Parking dan Flexi Parking.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619