AGENSI

Covid-19: Selangor catat 200 kes baharu, 97 di Klang

14 Nov 2020, 2:04 PM
Covid-19: Selangor catat 200 kes baharu, 97 di Klang
Covid-19: Selangor catat 200 kes baharu, 97 di Klang

SHAH ALAM, 14 NOV: Kes baharu Covid-19 di Selangor hari ini menurun kepada 200 berbanding 364 semalam, kata Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri ini ialah 7,439.

"Punca kes baru pada hari ini ialah 135 daripada kluster sedia ada, 28 hasil saringan kontak rapat kes positif Covid-19, 36 kes daripada lain-lain saringan dan satu kes import.

"Amalkan dan sentiasa berpesan kepada orang ramai tentang penjarakan fizikal, pakai pelitup muka dan basuh tangan secara kerap," katanya di Facebook hari ini.

Sementara itu, Bilik Gerakan Negeri Selangor memaklumkan Klang mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 97 kes diikuti Hulu Langat (52) dan Petaling (25).

"Sepang mencatatkan 14 kes baharu, Gombak (7), Hulu Langat (2) manakala Hulu Selangor, Kuala Selangor dan kes import yang mendapat jangkitan dari luar masing-masing 1 kes.

"Kes baharu mengikut mukim pula mendapati, mukim Kapar catat kes tertinggi iaitu 52 kes,  mukim Klang (44), mukim Kajang (43)," katanya.

Secara keseluruhan, Malaysia mencatatkan 1,114 kes baharu Covid-19, 803 pesakit pulih dan dua kematian hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619