AGENSI

Klang catat 80 kes baharu Covid-19, kekal tertinggi di Selangor

29 Nov 2020, 4:07 PM
Klang catat 80 kes baharu Covid-19, kekal tertinggi di Selangor

SHAH ALAM, 30 NOV: Klang kekal daerah tertinggi kes Covid-19 di negeri ini selepas mencatatkan 80 kes baharu semalam.

Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS) memaklumkan 44 kes dikesan di mukim Kapar sementara 36 di Klang termasuk satu dikesan daripada kluster baharu iaitu Kluster Yayasan.

"Hulu Langat pula mencatatkan 57 kes iaitu mukim Kajang (41), Ampang (sembilan), Cheras (empat) dan Semenyih (tiga).

"Manakala Petaling pula 39 kes dengan 29 daripadanya di Damansara, Bukit Raja (empat) serta Sungai Buloh dan mukim Petaling masing-masing tiga kes," maklum agensi itu.

BGNS melaporkan daerah lain iaitu Gombak mencatatkan 31 kes diikuti Kuala Langat (16) dan Sepang (14).

Semalam, Selangor mencatatkan 238 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes 13,533.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619