AGENDA

Deepavali: Anwar seru rakyat pelbagai kaum hidup rukun

13 Nov 2020, 10:22 AM
Deepavali: Anwar seru rakyat pelbagai kaum hidup rukun

SHAH ALAM, 13 NOV: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat segera menghidupkan kerukunan sebagai jaminan kepelbagaian kaum di negara ini demi menghayati semangat Deepavali.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata walaupun suasana perayaan tahun ini sedikit terkesan berikutan penularan Covid-19 namun penganut Hindu diminta terus tabah dan sentiasa berwaspada.

“Makna besar dari perayaan ini adalah kemenangan cahaya atas kegelapan, benar atas batil, dan juga keadilan atas kebobrokan.

“Perayaan ini juga dimaknai dengan memasang lampu-lampu dan cahaya yang menerangi jalanan dan rumah-rumah.

“Atas semangat Deepavali, kita rakyat Malaysia harus insaf dan segera menghidupkan kerukunan sebagai jaminan kepelbagaian di Malaysia," katanya menerusi perutusan Deepavali di Facebook hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson juga mengucapkan "Deepavali Nal Valthukal” kepada seluruh penganut Hindu.

"Mewakili keluarga majmuk KEADILAN, saya ucapkan “Deepavali Nal Valthukal” kepada seluruh penganut Hindu di Malaysia," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619