AGENDA

Anwar: Guna dos kedua petugas hadapan untuk vaksin rakyat

16 Mac 2021, 12:13 PM
Anwar: Guna dos kedua petugas hadapan untuk vaksin rakyat

SHAH ALAM, 16 MAC: Kerajaan disaran menggunakan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech petugas barisan hadapan untuk disuntik kepada orang awam terlebih dahulu.

Ketua pembangkang berkata langkah itu akan memberi faedah lebih baik kepada negara dalam mencegah pandemik Covid-19 berikutan ramai rakyat menerima vaksin.

"Pfizer fasa pertama ini habiskan dulu untuk rakyat. Untuk fasa kedua nanti baharu giliran mereka (petugas hadapan) semula.

"Jika tidak laksanakan langkah ini, belum tentu pada 2022 penduduk di pedalaman menerima suntikan. Kerajaan dicadang teliti perkara ini supaya rakyat dapat suntikan," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media hari ini.

Menurutnya berdasarkan beberapa kajian dilakukan, tindakan penangguhan dos kedua itu tidak akan menggugat kesihatan dan keselamatan petugas barisan hadapan.

Fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menyasarkan suntikan terhadap kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan antara hujung Februari hingga April depan.

Fasa dua imunisasi menggunakan Pfizer-BioNTech dan Sinovac, dijadualkan bermula April hingga Ogos depan melibatkan kira-kira 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi.

Fasa ketiga pada Mei hingga Februari tahun depan untuk 13.7 juta penduduk berusia 18 tahun ke atas termasuk warga asing.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619