AGENSI

Air pasang besar: Pusat pemindahan ikut SOP, cegah Covid-19

12 Nov 2020, 4:25 AM
Air pasang besar: Pusat pemindahan ikut SOP, cegah Covid-19
Air pasang besar: Pusat pemindahan ikut SOP, cegah Covid-19

SHAH ALAM, 12 NOV: Semua 21 pusat pemindahan sementara yang akan menempatkan penduduk terjejas susulan fenomena air pasang besar menitikberatkan tatacara operasi piawai (SOP).

Pegawai operasi Unit Pengurusan Bencana Negeri berkata aspek penjarakan sosial, kebersihan dan susun atur khemah diutamakan bagi mengekang penularan Covid-19.

"Kita akan menjarakkan khemah bagi mengelakkan orang ramai berhimpit dan menyukat suhu bagi memastikan semua yang dipindahkan berada dalam keadaan sihat.

[caption id="attachment_446259" align="alignright" width="500"] Yap Yong Ho, 22, mengeluarkan air bertakung dalam kasutnya ketika menyeberang kawasan halaman rumahnya yang dinaiki air berikutan fenomena air pasang besar di Kampung Sungai Janggut, Klang pada 18 Oktober 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

"Jika ada lokasi yang jumlah mangsa banjirnya besar, Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membuka pusat pemindahan lain berdekatan dewan bagi mematuhi SOP," kata Muhammad Izzat Haziq Mohd Nazir ketika dihubungi.

Beliau berkata persiapan rapi dibuat bagi berdepan gelombang ketiga air pasang besar yang dijangka berlaku pada 15 dan 16 November ini.

Muhammad Izzat Haziq turut menasihatkan penduduk berhampiran pesisir pantai menghentikan semua aktiviti air pada tempoh berkenaan.

"Kita bimbang gelombang ketiga ini akan berlakunya banjir jika hujan lebat," katanya lagi.

Kejadian air pasang besar dengan ketinggian air laut mencecah hingga 5.8 meter, dijangka tertinggi dalam tempoh 20 tahun.

Tahun ini, ia berlaku pada 19 dan 20 September, 17 hingga 19 Oktober dan 15 hingga 16 November.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619