AGENSI

Masjid, surau di Selangor jadi pusat pemindahan jika bah hujung tahun

3 Okt 2023, 4:15 AM
Masjid, surau di Selangor jadi pusat pemindahan jika bah hujung tahun

SHAH ALAM, 3 OKT: Semua masjid dan surau di negeri ini akan berperanan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menghadapi situasi luar jangka termasuk banjir berikutan peralihan monsun.

Menerusi surat edaran, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) meminta pentadbir masjid dan surau peka terhadap maklumat perubahan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Dato’ Shahzihan Ahmad menjelaskan kawasan masjid, ruang solat, ruang limpah, tandas dan bekalan air juga perlu mencukupi bagi menghadapi situasi sukar atau luar biasa dalam tempoh tersebut.

Beliau turut meminta pentadbir menyalurkan dan memudah cara apa-apa bentuk bantuan kepada anak kariah tanpa mengira ras dan agama seawal kejadian buruk, semasa dan selepasnya.

"(Pentadbir perlu) sentiasa mengingatkan jemaah dan ahli kariah untuk memastikan kebersihan longkang dan perparitan agar tidak mengganggu kelancaran aliran air semasa musim hujan.

"Aktiviti seperti gotong-royong juga hendaklah dibuat oleh pihak masiid dan surau dengan lebih kerap melalui siaran dan peringatan pada Jumaat," katanya menerusi surat itu.

Peralihan Monsun Timur Laut mulai bulan ini hingga Disember mengakibatkan purata hujan lebih tinggi sehingga menyebabkan banjir, ribut dan merosakkan struktur tidak kukuh.

Fasa tersebut diramal menjejaskan beberapa negeri pantai barat Semenanjung termasuk Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619