AGENDA

Empat loji rawatan air dihenti tugas akibat pencemaran

10 Nov 2020, 6:54 AM
Empat loji rawatan air dihenti tugas akibat pencemaran

SHAH ALAM, 10 NOV: Empat loji rawatan air (LRA) negeri ini dihenti tugas susulan pencemaran bau pelarut dikesan di Sungai Selangor awal pagi tadi.

Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dalam kenyataan memaklumkan loji tersebut ialah Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3.

"Dimaklumkan LRA tersebut dihenti tugas antara jam 12.20 hingga 12.45 tengah hari tadi disebabkan oleh pencemaran bau seakan-akan pelarut di Sungai Selangor.

"Bau dikesan sekitar lapan TON (nombor bau nilai ambang). Berdasarkan pemantauan jam 6 pagi tadi, rekod bacaan terakhir pada tahap sifar TON," kata agensi itu di Facebook.

Berikutan itu, Luas berkata pihaknya bersama Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) sedang giat menjalankan siasatan dan tindakan mitigasi segera.

"Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619