BERITA UTAMA

MB: Lebih 1,000 ekar tanah Kerajaan Negeri diceroboh

6 Nov 2020, 6:26 AM
MB: Lebih 1,000 ekar tanah Kerajaan Negeri diceroboh

SHAH ALAM, 6 NOV: Tanah seluas 1,055.27 ekar milik Kerajaan Negeri diceroboh untuk kegiatan pertanian, pembuangan sampah dan pembinaan struktur rumah.

Dato' Menteri Besar berkata pencerobohan di Kuala Langat melibatkan 353 ekar, Klang (212.77 ekar) dan Kuala Selangor serta Petaling (100 ekar).

"Kegiatan sama juga dikesan di Hulu Langat (84 ekar), Gombak (80 ekar), Sepang (72 ekar) Hulu Selangor (50 ekar) dan Sabak Bernam (3.5 ekar).

"Tindakan diambil mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali," Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar mengenai keluasan tanah diceroboh pada Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Amirudin menjelaskan penggunaan dron untuk memantau pencemaran sungai di Selangor turut berfungsi mengesan pencerobohan tanah berhampiran sungai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619