BERITA UTAMA

Anak syarikat sumbang RM195.5 juta laksana program pendigitalan

5 Nov 2020, 8:11 AM
Anak syarikat sumbang RM195.5 juta laksana program pendigitalan

SHAH ALAM, 5 NOV: Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) memperuntuk RM195.5 juta untuk melaksanakan program berkaitan pendigitalan tahun depan.

Dato' Menteri Besar berkata pecahan peruntukan ialah Dana Inovasi Selangor (RM100 juta), Selangor Kerjaya (RM50 juta), Data Internet Selangor (RM17.5 juta), Selangor Freelancers (RM10 juta), Tuisyen Rakyat (RM13 juta) dan Kursi Menteri Besar (RM5 juta).

"Semua inisiatif berkait rapat antara satu sama lain contohnya pelaksanaan Data Internet Selangor seiring dengan Selangor Kerjaya dan Selangor Freelancers untuk membiasakan rakyat dengan aplikasi digital.

"Capaian internet juga membolehkan program tuisyen atau aktiviti pembelajaran dilaksanakan dengan lebih mudah serta efisien," kata Dato' Seri Amirudin Shari pada ucapan penggulungan Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri komited membantu golongan belia mendapatkan pekerjaan apabila menyediakan RM76 juta menerusi Belanjawan Selangor 2021.

"Perkhidmatan dalam talian yang menjana pendapatan perlu di titik beratkan dan pelantikan 1,000 Rakan Digital Selangor antara usaha ke arah tersebut," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619