BERITA UTAMA

Tiada kompromi kilang haram sebabkan pencemaran - EXCO

5 Nov 2020, 2:22 AM
Tiada kompromi kilang haram sebabkan pencemaran - EXCO

SHAH ALAM, 5 NOV: Kerajaan Selangor tidak akan berkrompromi dengan kegiatan kilang haram yang mendatangkan masalah pencemaran di negeri ini.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata kilang itu juga tidak dibenarkan menyertai Program Pematuhan Syarat dan Penguatkuasaan Kilang Tanpa Kebenaran Selangor.

"Sekali lagi saya menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah dan tidak akan berkrompomi dengan sebarang kegiatan kilang yang mendatangkan masalah kepada alam sekitar dan kesihatan rakyat.

"Contoh paling jelas ialah kita telah menutup hampir 200 kilang plastik haram dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT). Kilang-kilang itu telah disita, ditutup, dipotong bekalan air dan elektrik.

"Kilang-kilang itulah yang haram, yang tidak boleh dibantu serta perlu ditutup serta-merta," katanya pada sesi ucapan penggulungan sidang Dewan Negeri Selangor semalam.

Beliau menambah, sebanyak 5,589 kilang tanpa kebenaran dikesan beroperasi seluruh negeri dengan 869 daripadanya berada di sekitar sungai.

Jelasnya, kilang terbabit bukan dikategori haram sebaliknya mempunyai lesen perniagaan sementara tetapi belum memenuhi syarat teknikal seperti status tanah, pengezonan atau kebenaran merancang.

"Bukan semua kilang mendatangkan pencemaran, dan pencemaran tidak hanya disebabkan oleh kilang. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita tidak boleh ambil cara mudah untuk menyelesaikan masalah.

"Halau semua kilang, roboh semua kilang, tutup cerita. Itu bukan caranya. Sebab ia melibatkan masalah sosial seperti periuk nasi ribuan isi rumah. Kerajaan Negeri mengambil pendekatan berhati-hati dan peka semasa mengambil tindakan.

"Kita tidak mahu lihat timbul pula masalah ribuan rakyat hilang kerja kerana kilang-kilang ditutup begitu sahaja," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619