BERITA UTAMA

Kerajaan Negeri kaji bangunkan hutan simpan Kuala Langat

5 Nov 2020, 12:35 AM
Kerajaan Negeri kaji bangunkan hutan simpan Kuala Langat

SHAH ALAM, 5 NOV: Kerajaan Negeri masih mengkaji cadangan pewartaan keluar Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) untuk pembangunan.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata keputusan itu memerlukan kajian menyeluruh melibatkan kesan terhadap alam sekitar, ekonomi dan sosial.

"Proses pemansuhan atau pewartaan keluar hutan simpan perlu melalui proses ketat, kita kena memperhalusi semua perkara termasuk mengumpul pandangan diberikan.

"Justeru proses ini masih di peringkat Laporan Penyiasatan Awam dan sehingga kini tiada keputusan dibuat," katanya menyampaikan ucapan penggulungan pada Sidang Dewan Negeri Selangor semalam.

Pada 20 Februari, Dato' Menteri Besar berkata kira-kira 40 peratus HSKLU rosak disebabkan kebakaran dan pencerobohan termasuk tiada elemen hutan dara.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri mencadangkan dua lokasi hutan ganti terletak di Sungai Panjang, Sabak Bernam manakala dua lagi di Kuala Selangor dan Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu.

Hutan simpan yang dicadangkan bercantum dengan Hutan Simpan Raja Muda Musa iaitu kawasan hutan paya gambut terbesar di Semenanjung Malaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619