EXCO

Alami tekanan, lebih 400 individu guna khidmat pusat kaunseling

4 Nov 2020, 10:49 AM
Alami tekanan, lebih 400 individu guna khidmat pusat kaunseling
Alami tekanan, lebih 400 individu guna khidmat pusat kaunseling

SHAH ALAM, 4 NOV: Seramai 402 individu menggunakan perkhidmatan percuma Pusat Kaunseling Selangor sepanjang tahun ini, kata EXCO kesihatan awam.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata pusat yang menyediakan 30 kaunselor bertauliah boleh dilakukan secara bersemuka atau melalui panggilan telefon.

"Kita jangka bilangan individu berdepan tekanan hidup atau kesihatan mental terus meningkat susulan penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

[caption id="attachment_448497" align="alignleft" width="500"] Dr Siti Mariah Mahmud ketika sesi soal jawab pada sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 4 November 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Menyedari kepentingan kesihatan mental, Belanjawan Selangor 2021 memperuntuk RM500,000 bagi mengadakan program berkaitan," katanya menambah wanita paling ramai menggunakan perkhidmatan itu.

Pada sesi penggulungan sidang Dewan Negeri Selangor hari ini, Dr Siti Mariah berkata Kerajaan Negeri bersama Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental menganjur program psikologi secara berkumpulan.

"Program 'Awak OK?' sebanyak 22 episod turut disiarkan menerusi media sosial untuk mengupas isu kesihatan mental dan di mana kita boleh mendapatkan bantuan," katanya lagi.

Pada 7 September, Dr Mariah menjangka kesihatan mental seperti kemurungan, kerisauan dan keresahan menjadi penyakit nombor dua dalam kalangan masyarakat, termasuk golongan remaja.

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 2001, kira-kira 450 juta penduduk dunia mempunyai penyakit mental dengan nisbah satu daripada empat individu berisiko.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619