PBT

Pengecualian caj parkir 30 minit pertama di Pekan Dengkil mulai Januari

4 Nov 2020, 1:52 AM
Pengecualian caj parkir 30 minit pertama di Pekan Dengkil mulai Januari

SHAH ALAM, 4 NOV: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) meneruskan sistem tempat letak kenderaan (TLK) berbayar di Pekan Dengkil dengan menawarkan pengecualian caj kepada pengguna bagi tempoh 30 minit pertama berkuat kuasa tahun hadapan.

Yang dipertuanya Dato' Abd Hamid Hussain berkata insentif sekali sehari diberikan kepada pengguna dengan syarat menggunakan aplikasi Smart Selangor Parking atau Flexi Parking.

“Pelaksanaan TLK berbayar bertujuan memastikan seluruh kawasan operasi lebih tersusun dan terkawal selain memudahkan penguatkuasaan.

“Ia juga bagi mengelak lambakan kenderaan buruk atau terbiar di petak parkir yang boleh menghalang pengguna lain,” katanya kepada SelangorKini.

Mengulas lanjut, Abd Hamid berkata pelaksanaan TLK berbayar selaras dengan Kajian Reka Bentuk Bandar Dengkil.

Sebelum ini, penduduk di pekan terbabit mempersoal tindakan berkuasa tempatan (PBT) itu yang melaksanakan sistem parkir berbayar ketika rakyat dihimpit kesusahan susulan penularan Covid-19.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619