AGENDA

Ismail Sabri: Keputusan isytihar PKPB atas nasihat KKM

2 Nov 2020, 10:42 AM
Ismail Sabri: Keputusan isytihar PKPB atas nasihat KKM

SHAH ALAM, 2 NOV: Keputusan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sesebuah kawasan bergantung sepenuhnya atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata KKM akan membuat penilaian risiko jangkitan Covid-19 di kawasan berkaitan sebelum dicadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Jika pada penilaian KKM kawasan itu mempunyai potensi tinggi dari (zon) kuning ke merah, maka mereka boleh nasihat MKN untuk menentukan kawasan itu diisytihar PKPB atau sebaliknya.

"Begitu juga untuk memutuskan sama ada lokaliti tertentu perlu penutupan sepenuhnya di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah tertakluk pada KKM," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau mengulas sama ada Kuala Lumpur dan Putrajaya masih akan dikenakan PKPB memandangkan kes Covid-19 di Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan tren penurunan serta pendekatan MKN dalam mengenakan PKPB di sesuatu kawasan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619