ADN

PKPB: Operasi pusat khidmat DUN Kota Anggerik dihadkan

27 Okt 2020, 7:04 AM
PKPB: Operasi pusat khidmat DUN Kota Anggerik dihadkan

SHAH ALAM, 27 OKT: Operasi Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik hanya dibuka pada Isnin, Rabu dan Jumaat susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.

Wakil rakyatnya Najwan Halimi berkata berkuatkuasa hari ini, pejabat mula dibuka dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

"Sehubungan itu, sebarang urusan berupa aduan dan pertanyaan boleh berhubung menerusi Whatsapp di talian 017-3353136 atau 012-2963872, dan menerusi e-mel adun@najwanhalimi.com," katanya menerusi kenyataan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai menjaga jarak sosial satu meter, elak bersentuhan, gunakan cecair pembasmi kuman dan pakai pelitup muka ketika berurusan.

Selangor dikenakan PKPB bermula 14 Oktober lalu hingga hari ini, namun semalam Kerajaan Persekutuan melanjutkannya sehingga 9 November.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619