ADN

Sidang DNS: 1,200 individu disaring mulai esok

24 Okt 2020, 9:00 AM
Sidang DNS: 1,200 individu disaring mulai esok

SHAH ALAM, 24 OKT: Sekurang-kurangnya 1,200 individu akan menjalani saringan Covid-19 bermula esok bagi memastikan kelancaran sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang dijadualkan pada 30 Oktober ini.

Speaker, Ng Suee Lim berkata saringan membabitkan wakil rakyat, pegawai, petugas dan pengamal media yang terlibat.

"Saringan ini juga dilakukan disebabkan penularan beberapa kluster tempatan di Selangor dan telah diisytihar di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Hanya mereka yang disahkan negatif sahaja boleh menghadiri persidangan berkenaan," katanya kepada SelangorKini.

Saringan akan dilakukan selama dua hari bermula esok hingga Isnin (26 Oktober) di Bangunan SUK, Shah Alam.

Pada 7 Julai lalu, Kerajaan Negeri turut menjalankan saringan yang sama terhadap individu yang menghadiri sidang DNS pada 13 Julai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619