AGENDA

Kerajaan Sabah mohon PKPB seluruh negeri dilanjutkan

23 Okt 2020, 2:57 PM
Kerajaan Sabah mohon PKPB seluruh negeri dilanjutkan

KOTA KINABALU, 23 OKT: Kerajaan negeri Sabah telah memohon kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri itu yang dijadualkan tamat Isnin ini, dilanjutkan.

Bercakap pada sidang media di sini malam ini, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata kerajaan negeri berpandangan pelanjutan itu penting memandangkan kes Covid-19 di Sabah masih tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini dilaporkan berkata Sabah kekal mencatat kes tertinggi Covid-19 iaitu 528 kes daripada keseluruhan 710 kes di seluruh negara.

Pada 12 Oktober lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seluruh Sabah dikenakan PKPB bermula 13 hingga 26 Oktober.

Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kewangan II Sabah berkata setakat ini terdapat 12,720 ujian Covid-19 yang keputusannya masih belum diterima.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri telah menyalurkan sejumlah RM26.7 juta untuk pemberian bantuan bakul makanan kepada penduduk yang berkenaan.

"Bantuan bakul makanan diberikan kepada penduduk di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dan dikenakan perintah kuarantin kendiri. Hingga 2 petang tadi, sebanyak 72,823 bakul makanan telah diagihkan," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619