AGENDA

Banjir gelombang ketiga landa Terengganu, 102 orang dipindah ke PPS

24 Dis 2023, 1:11 AM
Banjir gelombang ketiga landa Terengganu, 102 orang dipindah ke PPS

KUALA TERENGGANU, 24 DIS: Banjir gelombang ketiga mula melanda Terengganu pagi ini dengan Marang dan Dungun menjadi daerah terjejas setelah hujan berterusan sejak pagi semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), sebanyak 102 orang daripada 25 keluarga ditempatkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun manakala satu di Marang.

Di Dungun, 69 orang daripada 17 keluarga berada di PPS Dewan Serbaguna Kampung Shukor dan 21 orang daripada lima keluarga di Sekolah Kebangsaan Pusat.

Sebanyak 12 orang daripada tiga keluarga pula berlindung di PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai di Marang.

JPBN juga memaklumkan cuaca di sesetengah lokasi di Terengganu dilaporkan hujan.

Berdasarkan laman publicinfobanjir.water.gov.my, empat sungai di Terengganu telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Nerus di Kampung Langkap dengan bacaan 21.72 meter (m), Sungai Setiu di Kampung Besut (17.69m), Sungai Telemong di Kuala Ping (20.1m) dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak (18.71m).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619