BERITA UTAMA

Jaga kebersihan, MPK wajibkan peniaga sedia tong sampah

23 Okt 2020, 12:29 AM
Jaga kebersihan, MPK wajibkan peniaga sedia tong sampah

SHAH ALAM, 23 OKT: Majlis Perbandaran Klang mewajibkan semua premis perniagaan menyediakan tong sampah mudah alih 240 liter menjelang hujung tahun bagi menjaga kebersihan persekitaran.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Persekitarannya berkata pihaknya pada masa ini menjalankan kempen mendidik peniaga dan memberi notis makluman sebelum menguatkuasakan peraturan itu mulai 1 Januari tahun depan.

Zaireezal Ahmad Zainuddin menjelaskan syarat itu ada dimaklumkan ketika peniaga memohon lesen tetapi segelintir mereka tidak mematuhinya dan membuang sampah ke bahu jalan.

"Ada saliran tersumbat disebabkan sampah dibuang merata-rata. Kita mahu mengawal keadaan ini dan memudahkan tugas kutipan sampah oleh KDEB Waste Management," katanya pada 21 Oktober.

Beliau berkata peniaga yang tidak menyediakan tong sampah jenis itu boleh dikenakan tindakan termasuk lesen perniagan ditarik balik apabila penguatkuasaan dibuat pada tahun depan.

"Tindakan dibuat mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPK) 2007 kerana kegagalan mematuhi syarat permohonan lesen yang mewajibkan peniaga menyediakan tong sampah di premis.

"Penguatkuasaan juga dibuat mengikut UUK Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah-Sarap (MPK) 2007 atas kesalahan pelupusan sisa pepejal tidak dibuat secara betul," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619