BERITA UTAMA

Rakyat perlu patuh SOP, hanya keluar jika perlu - EXCO

20 Okt 2020, 2:47 AM
Rakyat perlu patuh SOP, hanya keluar jika perlu - EXCO

SHAH ALAM, 20 OKT: EXCO kesihatan menggesa rakyat terus mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) susulan jangkitan Covid-19 masih merekodkan bilangan kes melebihi 800.

Exco kesihatan berkata pematuhan SOP perlu dilaksanakan rakyat secara menyeluruh  tanpa mengira zon kerana wabak itu kini mula merebak dalam komuniti.

"Ini kerana wabak berkenaan sudah berada dalam komuniti kita, orang ramai juga tidak digalakkan keluar sekiranya tiada urusan mendesak, keluar bila perlu sahaja.

"Tidak dinafikan saya lihat masih ramai yang leka dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sepatutnya penduduk perlu membayangkan situasi sama seperti PKP pada Mac lalu, hadkan pergerakan anda," kata Dr Siti Mariah Mahmud kepada SelangorKini.

Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 865 kes baharu Covid-19, kali ketiga berturut-turut merekodkan bilangan kes melebihi 800 dengan 871 kes pada 18 Oktober dan 869 kes pada 17 Oktober.

Manakala Selangor merekodkan 107 kes baharu, juga merekodkan peningkatan berbanding 77 kes kelmarin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619