ADN

RM300,000 bina pengukuh cerun, saliran gerai MPS Batu Arang

20 Okt 2020, 12:34 AM
RM300,000 bina pengukuh cerun, saliran gerai MPS Batu Arang

SHAH ALAM, 20 OKT: Kerajaan Negeri memperuntuk RM300,000 bagi projek pengukuhan cerun dan pembinaan saliran di gerai Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Batu Arang, Rawang.

Ahli Dewan Negerinya, Chua Wei Kiat berkata projek itu bertujuan menangani isu keselamatan peniaga dan penduduk di kawasan berkenaan.

"Projek ini bermula pada 8 Julai dan sepatutnya siap 15 Oktober lalu namun dilanjutkan sehingga dua minggu lagi berikutan masalah penghantaran peralatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Skop kerja merangkumi pembinaan saliran cerun setinggi 110 meter dan pembaikan kawasan belakang gerai MPS," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata pembinaan tandas di belakang gerai berkenaan dipercayai menjadi punca masalah sistem pengairan, selain insiden cerun runtuh kira-kira enam tahun lalu.

"Ketika itu saya yang masih menjadi ahli majlis MPS bersama ahli parlimen Selayang (William Leong Jee Keen) membuat aduan tetapi ada beberapa cabaran seperti kos agak tinggi dan kerja sukar dilaksanakan.

"Bagaimanapun saya bersyukur dan gembira kerana masalah lama dapat diselesaikan sekali gus memberi jaminan keselamatan kepada bukan penduduk malah peniaga dapat berniaga tanpa kerisauan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619