BERITA UTAMA

Paip pecah: 455 kawasan terima bekalan air

18 Okt 2020, 3:42 PM
Paip pecah: 455 kawasan terima bekalan air

SHAH ALAM, 18 OKT: Sebanyak 455 daripada 686 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air ekoran henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) pulih sepenuhnya setakat 9 malam tadi.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri kawasan yang pulih ialah Gombak, Hulu Selangor, Petaling, Klang dan Kuala Lumpur.

"Tahap pemulihan bekalan air mencapai tahap 63 peratus.

"Peratusan pemulihan mengikut kawasan, bekalan air di Gombak pulih 96 peratus, Hulu Selangor (88 peratus), Petaling (64 peratus) Klang (41 peratus) dan Kuala Lumpur (39 peratus)," katanya menerusi Facebook.

Elina berkata Air selangor terus menggerakkan bantuan bekalan air dengan mengagihkan air botol minuman berkapasiti lima liter sekitar kawasan Seksyen 19, Shah Alam malam ini.

Semalam, 686 kawasan di Lembah Klang berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual susulan henti tugas separa LRA SSP1 berikutan kerja pembaikan kebocoran paip yang menyalurkan bekalan air terawat.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619