AGENDA

Kadar jangkitan Covid-19 negara pada tahap 1.3 hingga 1.5

18 Okt 2020, 11:50 AM
Kadar jangkitan Covid-19 negara pada tahap 1.3 hingga 1.5

SHAH ALAM, 18 OKT: Kadar jangkitan semasa atau R-naught (RO) untuk mengukur penyebaran Covid-19 di Malaysia berada pada tahap 1.3 hingga 1.5, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ketika permulaan gelombang ketiga wabak pada 20 September, kadar RO negara ialah 2.2 tetapi berjaya diturunkan ke paras stabil setakat ini.

"Selain itu jika dilihat permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac pula, kadar RO ketika itu ialah 3.5 tetapi berjaya diturunkan kepada 0.3, malah negara merekodkan sifar kes pada 16 Julai.

"Kita yakin mampu merekodkan sifar kes sekali lagi tetapi kejayaan ini bergantung kepada kerjasama masyarakat untuk duduk di rumah, patuh tatacara operasi piawai (SOP) serta mengetatkan kawalan sempadan negara," katanya pada sidang media hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, istilah RO merujuk kepada kadar purata jangkitan wabak dalam masyarakat. Jika nilai R adalah 4, ia bermaksud setiap kes positif boleh menyebarkan penyakit kepada empat individu lain.

Penularan wabak di negara ini akan berakhir jika berjaya menurunkan nilai R kepada kurang 1 secara berterusan.

Pada 12 September, Noor Hisham berkata risiko penularan Covid-19 di Malaysia melepasi paras kritikal apabila kadar RO untuk mengukur penyebaran wabak tersebut meningkat kepada 2.34.

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619