AGENDA

Covid-19: Rekod baharu 871 jangkitan, 701 kes sembuh tertinggi

18 Okt 2020, 10:10 AM
Covid-19: Rekod baharu 871 jangkitan, 701 kes sembuh tertinggi
Covid-19: Rekod baharu 871 jangkitan, 701 kes sembuh tertinggi
Covid-19: Rekod baharu 871 jangkitan, 701 kes sembuh tertinggi
Covid-19: Rekod baharu 871 jangkitan, 701 kes sembuh tertinggi

SHAH ALAM, 18 OKT: Jangkitan Covid-19 mencatat 871 kes, hari kedua berturut-turut merekod angka tertinggi sejak wabak melanda negara, mengatasi catatan harian  semalam iaitu 869 kes.

Bagaimanapun, sebanyak 701 kes pulih dicatatkan hari ini, rekod paling banyak sembuh dalam sehari.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah keseluruhan kes dalam negara kini 20,498 dan jumlah sembuh 13,262 semuanya.

"Daripada jumlah keseluruhan sebanyak lima merupakan kes import manakala Sabah terus mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 702 kes, Selangor (72), Pulau Pinang (45), Perak (10), Labuan (sembilan), Kedah (Sembilan).

"Manakala Kuala Lumpur (tujuh), Sarawak (lima), Negeri Sembilan (tiga), Terengganu (dua), Johor (satu), Melaka (satu).

Beliau berkata sebanyak 86 kes kini dirawat di unit rawatan rapi manakala tujuh kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan 187 kes.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619