AGENSI

Covid-19: Masih tiada vaksin, rakyat diminta terus patuh SOP

18 Okt 2020, 9:35 AM
Covid-19: Masih tiada vaksin, rakyat diminta terus patuh SOP

SHAH ALAM, 18 OKT: Rakyat diminta terus kekal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dalam mencegah Covid-19 susulan vaksin bagi mengatasinya masih belum ditemui.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan ia adalah penyelesaian setakat ini dengan terus mengamalkan pemakaian pelitup muka, menggunakan cecair pembasmi kuman, amalkan jarak sosial dan kerap membasuh tangan.

"Covid-19 seolah-olah tiada pengakhiran yang boleh dilihat lagi. Dengan lebih 16 juta kes jangkitan yang melibatkan lebih sejuta kematian, semestinya fenomena ini menggerunkan penduduk antarabangsa.

"Walaupun masalah ini merupakan isu sejagat, kita ada peranan sangat penting dan kritikal," katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

STFC turut menambah sehingga kini kes positif Covid-19 mencecah 16 juta di benua Amerika serta empat negara, Amerika Syarikat, Brazil, India dan Rusia sudah merekodkan lebih sejuta kes.

"Perjalanan antarabangsa masih sangat terhad dan mengganggu perdagangan. Setiap hari, semua orang cemas memikirkan nasib yang terkesan dengan kejatuhan ekonomi ketara. Malah kekangan aktiviti harian membantutkan sebarang potensi yang membawa manfaat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619