AGENDA

PKPB: Majikan diminta benarkan staf bekerja dari rumah

18 Okt 2020, 9:30 AM
PKPB: Majikan diminta benarkan staf bekerja dari rumah

SHAH ALAM, 18 OKT: Majikan diminta supaya membenarkan kakitangan di Lembah Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bekerja dari rumah.

Menteri kanan (keselamatan) berkata cadangan berkenaan bagi menjamin keselamatan pekerja dan mengelakkan virus merebak di pejabat jika kes Covid-19 terus meningkat.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran pergerakan pekerja perlu dinilai semula berikutan wujud tiga kluster baharu membabitkan jangkitan di tempat kerja.

"Oleh itu, saya akan bawa isu ini ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mencari tindakan yang bersesuaian," katanya.

Beliau pada sidang media melalui siaran langsung Facebook hari ini menjawab soalan berkaitan kebimbangan orang ramai susulan ada majikan tidak membenarkan kakitangan bekerja dari rumah.

Tiga kluster itu antaranya kluster Menara dan kluster Utama.

Semalam Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 869 kes baharu Covid-19, 20.3 peratus daripadanya di kawasan Lembah Klang.

Daripada jumlah keseluruhan kes, Selangor merekodkan 159 kes, Kuala Lumpur (15) dan Putrajaya (2).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619