AGENDA

Fenomena air pasang: Kali pertama melimpah masuk rumah sejak 20 tahun

18 Okt 2020, 6:55 AM
Fenomena air pasang: Kali pertama melimpah masuk rumah sejak 20 tahun

SHAH ALAM, 18 OKT: Penduduk perkampungan nelayan Jalan Bagan Hailam, Pelabuhan Utara menyifatkan limpahan air pasang pagi tadi ke dalam rumah sebagai pengalaman pertama sejak 20 tahun lalu.

Siau Heng Fook, 45, berkata kawasan berkenaan sering dinaiki air ketika fenomena itu namun tidak pernah masuk ke dalam rumah, lapor Berita Harian.

“Nasib kami sempat mengemas barangan serta peralatan rumah ke tempat lebih tinggi. Semalam kawasan ini juga dinaiki air kerana terletak berdekatan dengan laut," katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, Mariam Halim, 37, berkata dia menyedari air mulai naik sekitar jam 6.45 pagi tadi.

"Saya dimaklumkan air pasang hari ini lebih tinggi berbanding semalam tetapi saya fikir tak serius kerana cuaca baik dan tak hujan. Saya tetap pindahkan peti sejuk dan mesin basuh ke tempat tinggi," katanya.

Air pasang besar pagi ini merekodkan paras tertinggi iaitu 5.8 meter berbanding 5.7 meter semalam.

Hingga esok, air pasang dijangka melanda Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam antara jam 6 hingga 7.30 pagi.

Data ramalan Pusat Hidrografi Nasional menjangka kejadian kali ini tertinggi dalam tempoh 20 tahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619