AGENDA

KKM, ATM buka hospital sementara di Penjara Pokok Sena

17 Okt 2020, 7:56 AM
KKM, ATM buka hospital sementara di Penjara Pokok Sena

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Sebuah hospital sementara dibuka dalam Penjara Pokok Sena, Kedah bagi merawat pesakit Covid-19 termasuk menempatkan pesakit dari penjara di sekitar Kedah.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba berkata dua blok bangunan bengkel sedia ada dalam kawasan penjara itu sedang ditukar fungsi untuk dijadikan kemudahan sementara bagi tujuan berkenaan.

"Ia termasuk (mereka) yang memerlukan bantuan oksigen, selain mampu menempatkan sehingga 250 orang jika perlu. Kemudahan ini juga boleh menempatkan pesakit dari penjara-penjara di sekitar Kedah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Memperincikan lanjut, Dr Adham berkata hospital sementara yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada Selasa ini lengkap dengan kemudahan kategori tiga dan kategori empat iaitu mempunyai kemudahan Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit yang memerlukan bantuan oksigen, sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Hospital berkenaan adalah hasil kerjasama strategik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas kejayaan mewujudkan hospital medan di Tawau, Sabah.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619