AGENDA

Aset Hospital Medan ATM dibawa ke Tawau

17 Okt 2020, 3:54 AM
Aset Hospital Medan ATM dibawa ke Tawau

SHAH ALAM, 17 OKT: Pasukan dan aset Hospital Medan dibawa dari Subang ke Tawau menggunakan pesawat pengangkut A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pagi ini.

Ketua pengarah kesihatan berkata hospital tersebut bakal beroperasi di Kompleks Sukan Tawau bagi merawat kes bukan Covid-19 antaranya untuk perkhidmatan perubatan am, pembedahan, obstetrik dan ginekologi serta ortopedik dan pediatrik.

"Hospital Medan terletak antara 10 hingga 12 minit dari Hospital Tawau dan kemudahan ini membolehkan Hospital Tawau memberi tumpuan untuk merawat pesakit Covid-19. Semoga dipermudahkan perjalanan," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook hari ini.

Semalam Komander Hospital Medan berkata institusi kesihatan di Tawau yang diaktifkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijadual beroperasi pada 20 Oktober.

Kolonel Dr Shamsul Bahary Muhamad berkata ia mempunyai kapasiti 100 katil setakat ini tetapi boleh dipertingkatkan pada bila-bila masa termasuk dewan bedah dan unit rawatan separa rapi (HDU).

Seramai 36 petugas kesihatan ATM terdiri daripada empat pegawai serta 32 anggota lain-lain pangkat bakal ditempatkan di hospital tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619