AGENDA

Hari Kanak-Kanak: Dirai dalam norma baharu, bersama perjuang kebajikan

17 Okt 2020, 12:55 AM
Hari Kanak-Kanak: Dirai dalam norma baharu, bersama perjuang kebajikan

PUTRAJAYA, 17 OKT: Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan 2020 tetap diraikan hari ini walaupun dalam suasana yang berbeza dengan amalan norma baharu memandangkan negara masih berjuang dalam menghadapi pandemik Covid-19, menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

KPWKM dalam kenyataan semalam memaklumkan 'Bumi Lestari: Kanak-kanak Dilindungi' dipilih sebagai tema Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2020 selari dengan tema Hari Kanak-kanak peringkat antarabangsa iaitu 'Climate Change: For Children, by Children'.

Tema itu merupakan manifestasi tanggungjawab kerajaan dan masyarakat Malaysia untuk bersama-sama berganding bahu dalam memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak pada hari ini dan masa hadapan, jelasnya.

Menurut KPWKM, bancian penduduk Malaysia bagi 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan 28.5 peratus daripada 32.6 juta jumlah penduduk Malaysia terdiri daripada kanak-kanak.

Sejumlah 9.3 juta kanak-kanak itu yang terdiri daripada 4.8 juta kanak-kanak lelaki dan 4.5 juta kanak-kanak perempuan, merupakan kumpulan yang mudah terdedah kepada pelbagai perkara yang boleh mengganggu keseimbangan pertumbuhan dari segi psikologi dan psikososial mereka, katanya.

"Kemajuan dan kemakmuran negara sudah pasti tidak akan membawa erti yang sebenarnya sekiranya tiada usaha bagi menangani isu-isu semasa berkaitan dengan kanak-kanak khususnya berkaitan dengan kelestarian alam dan masa hadapan kehidupan kanak-kanak," kata KPWKM.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619