AGENSI

Covid-19: Petaling, Klang rekod kes aktif tinggi

16 Okt 2020, 3:42 PM
Covid-19: Petaling, Klang rekod kes aktif tinggi

SHAH ALAM, 16 OKT: Petaling dan Klang merekodkan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan tinggi di Selangor setakat ini.

Menurut data Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC), Petaling mengumpul 245 kes yang boleh menjangkiti individu lain manakala Klang 108 kes.

"Kedua-dua daerah ini masih lagi mencatatkan peningkatan ketara manakala Sabak Bernam kekal sebagai daerah zon hijau. Amalkan norma baharu dengan berdisiplin," kata agensi di Twitter.

Sementara itu, Hulu Langat mencatat 67 kes aktif diikuti Gombak (62), Kuala Langat (39), Sepang (17), Hulu Selangor (sembilan), Kuala Selangor (satu).

Hari ini, sebanyak 50 kes baharu Covid-19 direkodkan di Selangor berbanding 150 semalam dengan lapan daripadanya membabitkan kluster baharu dinamakan kluster Merbok. Secara keseluruhan, negeri ini mengumpul 3,014 kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619