AGENSI

PKPB: KPDNHEP Selangor ingatkan masyarakat tidak buat pembelian panik

15 Okt 2020, 3:19 AM
PKPB: KPDNHEP Selangor ingatkan masyarakat tidak buat pembelian panik

SHAH ALAM, 15 OKT: Orang ramai diingatkan tidak membuat pembelian panik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuat kuasa di Selangor mulai semalam.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor berkata semua keperluan mencukupi berdasarkan pemeriksaan sejak dua minggu lalu, lapor Sinar Harian.

"Antara barangan diperiksa ialah gula, tepung dan minyak masak membabitkan 2,526 premis di seluruh negeri. Secara keseluruhan, semua barangan itu termasuk telur, roti dan ayam mencukupi," kata Pengarahnya Muhamad Zikril Azan Abdullah.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya mengeluarkan nilai kompaun berjumlah RM286,450 sejak 18 Mac meliputi 562 kes kesalahan, termasuk tanda harga mengelirukan dan penjualan dalam talian.

"KPDNHEP memberi amaran keras supaya peniaga tidak mengambil kesempatan ketika PKPB. Usah sesuka hati menaikkan harga. Jika dikesan, tindakan diambil mengikut akta tertentu," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619