AGENSI

PKPB: Tiga jalan di Kota Damansara dibuka semula

14 Okt 2020, 11:52 PM
PKPB: Tiga jalan di Kota Damansara dibuka semula

KUALA LUMPUR, 15 OKT: Tiga jalan di Kota Damansara yang ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dibuka semula untuk kemudahan orang ramai.

Jalan yang akan dibuka kembali itu adalah Jalan Persiaran Mahogani, Seksyen 9; Jalan Persiaran Jati, Seksyen 8 serta Jalan Persiaran Sungai Buloh dan pembukaannya berkuat kuasa malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pembukaan semula jalan ini dibuat bagi memberi kemudahan kepada rakyat dan juga petugas barisan hadapan yang bekerja di lapangan.

"Tindakan ini dilakukan bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, pengaturan semula pergerakan petugas barisan hadapan untuk tugas sekatan jalan raya (SJR) dan juga tugas pemantauan di kawasan tumpuan ramai seperti di pasar raya, pasar, pusat komersial dan riadah," katanya dalam kenyataan semalam.

Nik Ezanee berkata polis akan menggerakkan sumber manusia sedia ada ke kawasan PKPB untuk melakukan tugasan seperti rondaan Aberdeen MPV, Op Cantas serta tugas lain yang diperlukan.

Sebelum ini, kerajaan telah mengisytiharkan bahawa PKPB akan dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya disebabkan peningkatan kes Covid-19 saban hari.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619