AGENSI

Tangkap suspek pencemar sungai, MB hargai tindakan polis

14 Okt 2020, 9:53 AM
Tangkap suspek pencemar sungai, MB hargai tindakan polis

SHAH ALAM, 14 OKT: Dato' Menteri Besar menghargai tindakan polis yang berjaya menahan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Semenyih.

"Terima kasih polis atas tindakan tegas dalam siasatan kes pencemaran sungai yang telah menjejaskan bekalan air di Selangor," tulis Dato' Seri Amirudin Shari di Twitter hari ini.

Dilaporkan seramai tiga orang suspek berjaya ditahan setakat ini dalam insiden yang turut menjejaskan Sungai Batang Benar di Nilai.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian pada 5 Oktober memaklumkan aktiviti pembersihan ladang angsa disyaki punca pencemaran yang menyebabkan operasi dua loji rawatan air dihenti tugas.

Kejadian itu menyebabkan sejumlah 309,687 akaun pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619