AGENDA

SIBS platform perkongsian pengetahuan, pemadanan perniagaan

14 Okt 2020, 6:01 AM
SIBS platform perkongsian pengetahuan, pemadanan perniagaan

SHAH ALAM, 14 OKT: Kerajaan Negeri menganjurkan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2020 secara maya bermula hari ini hingga Sabtu.

Dato' Menteri Besar berkata penganjuran secara maya tersebut meliputi tiga komponen utama iaitu Ekspo Antarabangsa Selangor, Persidangan Perniagaan Selangor Asean dan Konvensyen Bandaraya Pintar serta Ekonomi Digital Selangor.

"Kerajaan Negeri menawarkan peluang tanpa sempadan dengan mengumpul pemain industri seluruh dunia untuk mengukuh dan merangsang semula perniagaan mereka dengan menyediakan platform perkongsian pengetahuan serta pemadanan perniagaan.

"Virtual SIBS 2020 akan berterusan sehingga 2021, seterusnya membolehkan usahawan untuk terus menggunakan platform ini," katanya berucap secara maya hari ini.

Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia menganjur serta memimpin mesyuarat pelaburan serta persidangan ekonomi secara maya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619