AGENSI

Selangor tangguh majlis akad nikah di masjid, surau mulai esok

13 Okt 2020, 4:43 AM
Selangor tangguh majlis akad nikah di masjid, surau mulai esok

SHAH ALAM, 13 OKT: Selangor menangguhkan pelaksanaan majlis akad nikah di masjid dan surau seluruh negeri ini berkuat kuasa esok.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memaklumkan keputusan itu selaras pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini yang bermula esok.

"Pelaksanaan majlis akad nikah dengan kehadiran fizikal tidak melebihi tiga orang di pejabat agama Islam daerah hanya akan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan khas," kata Pengarahnya Mohd Shahzihan Ahmad menerusi kenyataan.

Semalam Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPB seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula esok hingga 27 Oktober.

Keputusan dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes serta penularan yang berlaku seperti di Klang, Petaling dan Gombak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619