BERITA UTAMA

Hotel kurang sambutan, Selangor mahu bincang dengan pengusaha

12 Okt 2020, 3:00 AM
Hotel kurang sambutan, Selangor mahu bincang dengan pengusaha

SHAH ALAM, 12 OKT: Kerajaan Selangor bakal bertemu pengusaha hotel di negeri ini untuk membincangkan isu pengunjung yang semakin berkurang susulan penularan Covid-19.

EXCO Pelancongan Hee Loy Sian berkata peningkatan kes sejak September dikesan antara punca masalah tersebut berlarutan sehingga kini.

"Industri perhotelan di Selangor mahupun seluruh negara sakit sejak Mac tetapi semakin baik setelah rakyat tempatan memilih untuk melancong dalam negara.

"Bagaimanapun, peningkatan kes sejak seminggu lalu menjejaskan jumlah pengunjung, justeru kita akan bertemu pengusaha hotel untuk mencari penyelesaian," katanya ketika dihubungi.

Pada 16 Julai lalu, SelangorKini melaporkan tiga hotel di Selangor terpaksa menghentikan operasi kerana terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kajian Tourism Selangor juga mendapati lebih 50 peratus pengusaha terjejas kerana perhotelan bukan perniagaan penting semasa PKP.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619